KENTANG ANGIN a.k.a UBI TUM (Dioscorea Bulbifera)
AIR POTATO
AIR POTATO
Orait.. kalau sape2 yang pernah terbaca entery di blog nie beberapa tahun lepas (09/03/2011) ada Bad ceritakan ttg UBI KENTANG ANGIN nie dan banyak yg bertanya dan komen post ini.. okey utk nostagiakan balik sbb rasa2 ada yg nmpk mcm pelik lagi bila tgk UBI nie... sebenarnye POKOK UBI KENTANG ANGIN atau POKOK UBI TUM nie atau nama saintifiknya Dioscorea bulbifera. Di lain-lain Negara ia lebih popular dengan nama AIR PATATO disebabkan ubinya yang tergantung sepi hehehe di udara tidak seperti jenis-jenis ubi yang lain yang terdapat di dalam tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti lain air potato di luar negara yang juga dikenali Dioscorea alata.
Ubi Tum juga dikenali dengan nama Ubi Sentul atau Ubi Setong di sebelah kawasan pantai timur. Ada juga yang menggelarkannya Ubi takut babi disebabkan tidak tumbuh di dalam tanah.
Rumah bad pernah ada menanam ubi ini di kawasan rumah (menjalar tinggi naik ke pokok2). Ubi yang tumbuh secara menjalar ini mudah hidup dan tidak sukar menjaganya. Pertama kali menanam pokok ini, ubi yang dikeluarkan tidak besar dan buahnya juga tidak banyak. Daun pokok juga kecil. Apabila kali kedua menanamnya dari benih yang sama, pokok lebih subur dan daun pokok juga lebih besar. Buah/Ubi yang pertama keluar juga mempunyai saiz lebih besar. Namun, ubi-ubi yang lain akan menjadi lebih kecil sehingga ubi yang terakhir keluar yang semakin kecil.
Adakah ubi ini boleh dimakan dan adakah ia beracun?
Dalam pengetahuan / pemerhatian Bad, ubi ini tidak beracun dan ianya boleh dimakan. Namun, Bad sempat membuat sedikit rujukan daripada kajian-kajian yang pernah dibuat di luar negara. Sebenarnya, ubi jenis ini mempunyai sedikit racun atau toksik. Bad tidak pasti adakah ia adalah dari jenis yang sama atau berlainan. Mungkin disebabkan itu ubi ini perlu dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan racun yang terdapat di dalamnya. (sbb ingat haba sebenarnya dapat menghapuskan kandungan racun)
Daripada maklumbalas mereka yang pernah makan ubi ini, kulit ubi tum dikupas kulit dan Perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Kebiasaannya ia dimasak bersama kari ikan. Rasanya seakan ubi kentang. Ubi Tum ini juga dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis / buasir / berak berdarah dan kanser. Ubi ini sukar didapati dan harganya juga mahal... tapi klu ada yang berminat PM Bad.. nak bagi murah2 jer.. dalam sejarah pengamalan herba tinggalan arwah mak bad, mmg berkesan dalam rawatan buasir ( dgn cara potong nipis2, rendam dgn air garam sekejap, jgn lama-lama nnt jadi kentang masin pulak..hehehe...
Benih pertama Bad adalah dari pokok induks mak saudara Bad yg ditanam di Kampungnya dekat Terengganu... biasa org terengganu panggil UBI TAKUT KE BABI.. sbb berubi kat atas bukan dlm tanah yg mudah dimakan babi.. hahaha.
dah tanam...ada kawan bagi sebiji...
ReplyDeleteTolong perbetulkan number phone. Tu number saya. Awak guna number saya kena
ReplyDeleteUbi tom rupenyer.. Baru tahu nama.. Saya rebus minum air.. Ubat k manis n cancer.. Maklumat dr org tua..
ReplyDeleteAlhamdulillah, sy pernah minum air rebusan ubi setong, utk ubat batu karang dlm buah pinggang dan pundi kencing..alhamdulillah hancur dan hilang semua..
ReplyDelete