POKOK JINTAN / POKOK BANGUN-BANGUN

  • Nama Tempatan: Bangun-bangun
  • Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
  • Nama Lain: Ati-ati hijau, allspice
  • Famili: Labiatae
  • Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Alhamdulillag.. Allah masih beri kekuatan untuk teruskan pendedahan ttg rahsia alam ini, dan dgn semangat yg diwarisi arwah mak saya Mak Long Jare.. arwah mak salah seorang tukang urut terkenal kat Kuantan dan peniaga herba semulajadi terkenal di Taman Kerang Kuantan... dia jugak bagi saya kekuatan dan dorongan sehingga saya menyambung pengajian dibidang PENGKAJIAN HERBA... alhamdulillah.

Orait, kali nie entery post ttg pokok jintan / pokok bangun-bangun, minta nak bangkitkan semula khasiat penemuan ini bila terjumpa balik pokok ini ketika berjalan-jalan dgn sepupu saya Ahmad Azmi Kamaruzaman.. dia tanye pokok apa sbb baunye semacam wangi sesangat.

Okey pokok jintan atau nama saintifiknya Plectranthus amboinensis dari keluarga Labiate. Pada setengah tempat bangun-bangun dipanggil sebagai pokok ketumbar (bukan Cariandrum sativum). Daunnya tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu dan jika diramas mengeluarkan aruma yang wangi dan berangin.
Batangnya lembut berwarna hijau muda dan mudah melendut ke tanah. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil menjadikan pokok ini mudah merimbun. Ia mudah hidup dengan hanya memetik batangnya untuk tujuan baka.
Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan.

Pokok jintan / bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.

Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun.Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Apa kegunaan pokok nie?

Pokok jintan terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan, sbb tu klu kita tgk masyarakat cina suka memanam pokok nie kat laman rmhnya, hari tu pun masa dgn sepupu saya pun terjumpe org cina jugak menanamnya. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.
Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Apa pulak khasiatnya??

Pokok Jintan mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Antara khasiat daun bangun-bangun
  • Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.
  • Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.
  • Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
  • Bagi penawar untuk gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit.
  • Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
  • Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

Penanaman

Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan tanaman yang subur. Kalau dibiarkan tanpa dituai pokok akan menjadi terlalu tinggi dan renggeh.

NANTI KLU ADA YANG BERMINAT NAK DAPATKAN POKOK NIE... WASAP JER SAYA.. BADRUL.. 0129491974.. saya bagi harga kasih sayang termasuk pos terus ke rumah tuan/puan.

Comments

  1. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts