Genggam Fatimah




Pokok Genggam Fatimah atau nama sainsnya Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas di habitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993). Ia tumbuhan tempatan bagi    padang pasir Chihuahuan.

Dalam perubatan tradisional Melayu, Genggam Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Genggam_Fatimah
KEGUNAAN LAIN :
1. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot 
    rahim menerusi pengambilan yang betul dan 
    secara konsisten.
2. Senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan
3. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman 
    dan mengempiskan perut
4. Melangsingkan badan.
5. Gout : genggam fatimah mampu menyingkirkan 
    toksin dalam badan
6. Melancarkan perjalanan darah
7. Menghilangkan kebas kaki dan tangan
8. Membuang angin dalam badan
9. Melawaskan air kencing dan besar
10. Membuang lemak dalam badan

PERINGATAN :
1. “Setengah orang mungkin berasa pening ketika 
    baru mengambil air rebusan genggam fatimah. 
    Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang 
    membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam 
    badan” Kata Syed Ali Zuhari Syed Mohammad Noor 
    Alam Shah dari Pulau Pinang.
2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil 
    herba ini.
3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan 
   genggam fatimah kerana boleh menyebabkan 
   kesukaran untuk tidur.

Comments

Popular Posts