Mahkota Dewa (Phaleria papuana)





















POKOK MAHKOTA DEWA BERBUAH DALAM KETINGGIAN 3-5KAKI.


Nama Saintifik : Phaleria papuana

Bahagian yang digunakan : Hampir semua bahagian pokok, termasuk buah.

Bentuk Fizikal
Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

Khasiat
Di Indonesia sendiri, penawar mahkota dewa masih dianggap ‘pendatang baru’ dalam dunia perubatan herba. Walaupun baru, ia menimbulkan ‘kejutan’ kerana kemujarabannya dilaporkan luar biasa. 

Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia. 

Apa yang menarik ialah kemampuan mahkota dewa menangani kanser. Berdasarkan pengalaman pengguna, ia dikesan dapat menyekat pertumbuhan sel kanser, sekali gus membantu pengidap berkenaan.


MAHKOTA DEWA pada umumnya terdiri daripada empat komponen yang amat berguna kepada tubuh badan manusia. Antaranya Adalah:

FLAVONOID
Mampu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol serta pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah sekali gus merendahkan risiko serangan jantung.Mengandungi unsur anti radang dan anti oksida yang mampu mengurangkan kesakitan jika berlaku pendarahan atau pembengkakan
              
ALKALOID         
Berfungsi meneutralkan racun dalam badan manusia
              
SAPONIN                
Bertindak sebagai Anti bakteria dan anti virus meningkatkan imuniti badan  menambahnkan kecergasan mengurangkan kandungan gula dalam darah

POLIFENOL       
Berfungsi sebagai anti alahan


KEGUNAAN / KHASIAT

1. Mencegah dan mengawal Darah Tinggi.
2. Mencegah dan mengawal Kencing Manis
3. Mencegah dan merawat Kanser & Tumor.
4. Mencegah dan merawat Radang Hati.
5. Mencegah dan merawat Arthritis Gout
6. Mencegah dan mengawal Sakit sendi
7. Mencegah dan merawat Penyakit Jantung
8. Mencegah dan merawat Sakit Pinggang

Catatan
- Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini

- Biji buah adalah beracun, kalau nak guna buang bijinya dan keringkan buahnya


MAK LONG JUGA ADA BEKALKAN BUAH MAHKOTA DEWA YANG KERING - cuma perlu rendam dalam air panas mendidih atau rebus dan minum terus.

Comments

Popular Posts