NAMA HERBA: Terung Susu Kambing

NAMA SAINTIFIK: Solanum Mammosum L.
BOTANI:
Biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki. Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih dan merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, iaitu sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

KEGUNAAN:
Digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk mengubat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya.Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

Comments

Popular Posts